Thursday, November 19, 2009
Lu Pikir la Sen_Diri
"
> Assalamualaikum,> baca ni.>> Semalam. siaran RTM di Negeri> Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat disusuli gempa bumi selama 3 minit,>> mungkin ini tanda2nya.>>> kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi. menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi. oleh itu,kita disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah!! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA>> JGN SKIP> utk baca ni. Sebarkan kalau sayang pada islam.>> BAHAYANYA KARTUN POKEMON POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya.>> POKEMON bermaksud saya yahudi,>> PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi.>> CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah nauzubilla..h).>>> jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2.>>> smua org yg ade yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die> macam ni:> anamuslim_cute_97@yahoo.com> die cuba nak murtadkan org Islam.> tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!!(kalau rase sayang ngan org> Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) jngan smbong n> bongkak.."
Tuesday, October 27, 2009
3 Minggu yang memenatkan...
Sunday, September 13, 2009
Wednesday, September 2, 2009
Kisah Di Malam Birthday
Tuesday, August 25, 2009
12 Barisan Di Akhirat
SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
An-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-
Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah
orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka
itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan
Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah
denganNya.....Wallahua'alam.
Sunday, July 26, 2009
Lawak Tak leh Blah..
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”
Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”
Cikgu : “Rumputnya mana?”
Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”
Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”
Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”
Lawak Sekolah Tabika
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....
Hantu Terkejut
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
Temubual Bersama Pakcik Gembala Kambing Biri-Biri
Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala kambing biri-biri.
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....
Pemuda : Arghhh... tensionyaaa..
Mana Lebih Munasabah? Kelate @ Utara
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?
Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah
Perhatikan contoh ayat dibawah :
Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada".
Bila diloghat Utarakan:
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".
Bila diloghat Kelantankan:
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok".
Kesimpulan: Tidak mungkin pipi emaknya tiada tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!
Muka Seposen
Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.
Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : Bertuah punya anak. (Dalam hati: Pandai jugak anak aku ni)
Pelatih Baru
Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...
"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.
"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.
"Tidak" Jawab Rosman.
"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.
"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.
"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.